I made this widget at MyFlashFetish.com.

“Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta orang Mukmin untuk digantikan dengan Syurga. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) Allah. Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar.”                                                                                                                   

 (Surah at-Taubah: 111)

 

Wanita adalah manusia lemah yang dikurniakan akal dan agama yang kurang berbanding lelaki. Golongan ini biasanya lebih suka hidup dalam dunianya sendiri dan sering sibuk dengan perihal diri dan keluarganya. Mereka adalah golongan yang lemah dari segi pemikiran, idealisme, dan tenaga. Selain itu, wanita juga sering dikaitkan dengan sifat lemah, mudah terpengaruh serta tidak berani mengambil risiko untuk berdepan ancaman dalam memperjuangkan agamanya. Golongan ini seharusnya dididik untuk menjadi wanita yang lemah –lembut tetapi tegas, serta mampu bersuara dalam membela hak dan agamanya dari ditindas. Justeru, golongan ini jika dinyalakan obor perjuangan, maka ia akan memberikan impak yang besar kepada perjuangan menegakkan kalimah Allah di dunia ini sebagaimana srikandi-srikandi agung di zaman Rasulullah s.a.w.

 

“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”


Bunga Ros:

Melambang kaum wanita yang umpama sekuntum bunga yang mekar terutamanya golongan Mahasiswi dan jika benar bimbingannya Insya-Allah akan amanlah dunia dan selamatlah diakhirat.

Bumi : 

Melahirkan golongan wanita yang dapat mengawal bumi dengan kebaikan berlandaskan hukum syara'.

Roda : 

Persatuan ini sebagai penggerak dan nadi utama untuk memulakan langkah 
pertama.

WASILAH:

Singkatan bagi wawasan srikandi muslimah.

Warna Hijau:

Melambangkan keharmonian dan kedamaian yang diinginkan.

Warna Merah:

Melambangkan keberanian walaupun dalam kelembutan masih ada
ketegasan

Warna coklat:

Melambangkan kestabilan dan keanggunan seseorang mahasiswi yang bukan untuk disalah guna

Warna Hitam

Melambangkan kesungguhan seorang mahasiswi untuk berusaha dengan lebih cekal dan tabah.

Warna Putih:

Melambangkan kesucian yang dingini oleh setiap Insan.