I made this widget at MyFlashFetish.com.

“Sesungguhnya Allah telah membeli jiwa dan harta orang Mukmin untuk digantikan dengan Syurga. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) Allah. Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang besar.”                                                                                                                   

 (Surah at-Taubah: 111)

 

Wanita adalah manusia lemah yang dikurniakan akal dan agama yang kurang berbanding lelaki. Golongan ini biasanya lebih suka hidup dalam dunianya sendiri dan sering sibuk dengan perihal diri dan keluarganya. Mereka adalah golongan yang lemah dari segi pemikiran, idealisme, dan tenaga. Selain itu, wanita juga sering dikaitkan dengan sifat lemah, mudah terpengaruh serta tidak berani mengambil risiko untuk berdepan ancaman dalam memperjuangkan agamanya. Golongan ini seharusnya dididik untuk menjadi wanita yang lemah –lembut tetapi tegas, serta mampu bersuara dalam membela hak dan agamanya dari ditindas. Justeru, golongan ini jika dinyalakan obor perjuangan, maka ia akan memberikan impak yang besar kepada perjuangan menegakkan kalimah Allah di dunia ini sebagaimana srikandi-srikandi agung di zaman Rasulullah s.a.w.

 

“ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

0 comments: