I made this widget at MyFlashFetish.com.

Alhamdulillah..kita bertemu lagi.. Bersambung kembali..1st Prog di PERAK (Part 2)..huhu.. Kat bawah ni ada lagi gambar adik2 ni sepanjang prog berjalan..tgk la ye..(*_*)

Khusyuk adik2 ni menulis..tulis ape tu???

Gambar ni di ambil selepas slot 'Muhasabah'..

Adik2 tgh menulis surat wasiat untuk ibu bapa mereka..(T_T), plz don't cry my dear..

Menangislah wahai adik2 ku sayang..itu tandanya hati adik2 masih lembut..

Alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran kepada Mu Ya RAHIM..mg segala usaha kami KAU nilai dengan baik YA ALLAH..segala yang kami lakukan kerana hajat kepada REDHA MU YA RAHMAN..

Bermula sesi Ta'aruf, pembahagian kumpulan, Kuliah Maghrib, slot Muhasabah, Qiammulail, Kuliah Subuh, slot Riadah, slot Forum Cintan Cintun, slot Kesempurnaan Solat, slot Resolusi n yang terakhir penutup..semuanya memberikan pengalaman yang cukup berharga..

Tempoh 2 hari 1 malam tidak cukup bagi kami sebagai fasi untuk berkongsi pengalamn apatah lagi buat adik2 yang sangat dahagakan ilmu..ada yang minta di panjangkan lagi tempoh untuk prog seperti ini..3 hari 2 malam? seminggu? sebulan? wallahua'lam..apa yang pasti prog ini ana yakin memberi impak yang positif buat adik2 khususnya dan pihak sekolah amnya..juga buat ana serta rakan2 lain selaku fasilitator..huhu..

Ana di amanahkan sebagai moderator untuk mengendalikan slot Cintan Cintun bersama Kak Atiqah, adk Kamilin dan adk Faeiza..alhamdulillah..slot tersebut berjalan dengan lancar walaupun terpaksa diringkaskan dan kami hanya sempat menghabiskan round pertama..banyak soalan2 berkaitan cinta di ajukan oleh adik2 ini..ada yang sempat dijawab ketika itu dan selebihnya kerana masa yang sangat mencemburui kami, Kak Hayati sempat berpesan pada adik2 ini jika ada sebarang persoalan tuliskan di dalam kertas, bersama no tel dan ditujukan buat kakak fasi yang mana (meaning nm kakak fasi)..ketahuilah wahai adik2 ku sayang..cinta yang hakiki adalah cinta kepada ALLAH..(*_*)

(*_*).. sekejap sgt masa berlalu..riadah pagi kami sempat bermain tarian 'poco-poco'..banyak step, tapi kami main step pertama je..huhu..tu pun susah juga adik2 nak ikut..malam sebelum tu, masa slot muhasabah n Qiamullail, mg Allah lembutkan pintu hati adik2 ni serta kami selaku fasilitator..seronok banget..satu perasaan yang tidak boleh digambarkan..

Paling mengharukan masa sesi penutup dan salam wida'..sedih (T_T)..ble lagi kita dapat bertemu..ana dapat melihat setiap dari kami begitu tekun menyampaikan amanat terakhir kepada adik2 di dalam kumpulan masing2..

(T_T)..liqa' terakhir kami sesama fasilitator bersama Ustazah Hafizah dan Ustazah Mulaiha juga memberi impak di dalam diri ana..pelbagai nasihat, luahan rasa di sampaikan oleh rakan2 berserta ustazah.."Islam itu moden" bak kata Ustazah Hafizah, SB Allah Ta'ala iaitu para malaikat bersama2 di dalam prog ini mengambil kata2 Ustazah Mulaiha..well, i will miss both of u n of course adik2 SMKTP..(^_*)

Terima kasih kepada sahabat2ku iaitu Shahirah selaku Pengarah Prog ini, K.Dhiya, K.Atiqah, K.Hayati, K.Amal, K.Hafizah, K.Majidah, Adk Kamilin, Adk Amalina, Adk Syukriah, Adk Faeiza, Adk Nabilla, Adk Shuhadah, Nafisah serta K.Masitoh n nama2 lain yang tidak disebutkan...walau K.Masitoh tak bersama kami kerana excident tapi semanagt akk tetap mengalir di dalam sanubari kami khususnya ana..miz u kak..mg sembuh cpt tau..

Sekian saja perkongsian dari ana..mg bersua lagi..

Ya Allah..Ya Rahman, Ya Rahim..
Kau satukanlah hati2 kami..
Kau eratkanlah ukhuwah antara kami..
Kau berkatilah serta permudahkanlah segala urusan kami..
Sesungguhnya kami bertemu dan berpisah hanya kerana Kau Ya Allah..
Peliharalah kami dari tipu daya syaitan laknatullah..
Peliharalah kami dari fitnah dunia Ya Rahim..
Kepada Mu lah kami memohon petunjuk dan pertolongan..
Amin Ya Rabbal'alamin..

Wallahua'lam..@_@

Writen by,
miss sakinah al mardiah

0 comments: